Penghantar makanan maut rempuh kendera saji - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut rempuh kendera saji

KEADAAN motosikal Mohd. Helmi Faizal selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 122 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kertih, di Kemaman, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kendera saji di Kilometer 122 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kertih, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Helmi Faizal, 35, dari Ketengah Jaya, Dungun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berkhidmat di sebuah restoran makanan segera di Kertih dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya dari arah Dungun selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di lokasi berhampiran. 

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kendera saji dari arah sama dipercayai tiba-tiba memasuki lorong kiri jalan selepas cuba mengelak sebuah Proton Wira yang dipandu seorang warga emas. 

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 tidak sempat mengelak lalu merempuh kendera saji itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hanyan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

Beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.