Pengecualian yuran gantian lesen bagi mangsa banjir di Kedah - Utusan Malaysia

Pengecualian yuran gantian lesen bagi mangsa banjir di Kedah

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berita baik bagi mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengecualikan bayaran yuran penggantian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) termasuk Lesen Memandu Malaysia (LLM).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian bayaran itu adalah bagi LLM  hilang dan LKM yang rosak akibat bencana banjir itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian itu dikehendaki membawa bersama laporan polis ketika hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengecualian ini hanya terpakai bagi mangsa banjir di Yan dan Merbok. Kami menerima banyak aduan daripada mangsa banjir di Yan dan Merbok yang mendakwa lesen memandu mereka hilang dihanyutkan air, malah ada juga cukai jalan yang rosak terkena air,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ka Siong, beliau sudah memaklumkan mengenai arahan pengecualian itu kepada kaunter cawangan JPJ berhampiran Yan dan Merbok.

Difahamkan, JPJ menetapkan bayaran RM20 bagi penggantian lesen memandu, manakala bayaran salinan LKM bagi motosikal adalah RM20 dan kereta pula RM50. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN