Pembangun perisian rugi RM1.2 juta ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Pembangun perisian rugi RM1.2 juta ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun pelbagai peringatan dan amaran diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sindiket Macau Scam, masih ada  terpedaya dengan penipuan tersebut.

Terbaharu, seorang wanita berusia 61 tahun bekerja sebagai pembangun perisian rugi RM1.2 juta apabila ditipu ‘pegawai’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan PDRM.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintenden Tan Poh Cheok berkata, ini susulan laporan polis diterima pihaknya berhubung penipuan tersebut, semalam.

Katanya, pada 29 Julai 2021, mangsa menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada pihak LHDN yang memaklumkan pengadu mempunyai tunggakan cukai dan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Kemudiannya pengadu telah dihubungi oleh seorang individu mendakwa dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka memaklumkan nama mangsa tersenarai dalam individu yang dikehendaki.

“Pemanggil meminta pengadu mengaktifkan akaun bank milik mangsa untuk proses siasatan sebelum  diminta untuk menyalurkan semua maklumat berkenaan penyata gaji, penyata insurans, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan maklumat saham milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Poh Cheok, mangsa turut diarahkan untuk membuat beberapa transaksi dari akaun lain dan wang pengeluaran KWSP miliknya ke dalam akaun yang baru diaktifkan tersebut.

Ujarnya, tanpa pengetahuan mangsa, wang dalam akaun miliknya dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali.

“Mangsa turut menerima surat pemakluman melalui aplikasi ‘Whatapps’ bahawa transaksi pindahan wang tersebut adalah bagi tujuan pembekuan akaun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi tindakan siasatan selanjutnya,” katanya.

Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi serta maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali dan buat semakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa transaksi.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigaikan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya