Pemandu lori terbalik positif dadah direman - Utusan Malaysia

Pemandu lori terbalik positif dadah direman

SEBUAH lori terbabas sebelum terbalik KM 10.9 NKVE arah Subang di Shah Alam, Selangor selepas pemandunya dipercayai telelap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemandu lori yang terbalik di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) berhampiran susur keluar Bukit Jelutong di sini direman mulai hari ini selepas didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Malah, pemandu lori jenis Hino bernombor pendaftaran WTD 9797 itu mempunyai jenayah lampau seperti empat kes kesalahan urin (dadah), memiliki dadah dan dua kes jenayah lain.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan pemandu terbabit ditahan reman s tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut oleh polis.

Terdahulu, tular dalam media sosial sebuah video memaparkan kejadian kemalangan melibakan sebuah lori di kilometer (km) 10.9 NKVE arah Subang kira-kira pukul 8.30 pagi.

Insiden terbabit berlaku ketika lori berkenaan dipandu dilorong memotong sebelum tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik dan menghalang lorong tengah dan kiri.

Lebih malang, terdapat sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dilaporkan gagal mengelak lalu merempuh lori terbabit.

Pemangku Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Anak Embol, memberitahu pemandu terbabit dipercayai terlelap sebelum panik sehingga menyebabkan lorinya hilang kawalan dan terbalik.

“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati lori WTD 9797 jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba. Dia yang dipercayai tertidur  gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kemalangan serta  terbabas.

“Selang beberapa minit datang sebuah motosikal VBD5382 yang ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah,siasatan lanjut dijalankan dan ujian saringan air kencing pemandu lori didapati positif methaphetamine dan dibawa mahkmah untuk permohonan reman atas kesalahan dibawah Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Bagi kesalahan trafik pula kes disiasat di bawah Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah (BSPTD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami (011-31215697),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN