Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN perlu dihormati

Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN perlu dihormati

ISMAIL Abd. Mutalib menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon ketika melawat Ibu pejabat JBPM Kedah, Alor Setar, hari ini. - FOTO/MOHD. RAFIE AZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri yang perlu dihormati.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, keputusan itu seharusnya dilihat dari aspek positif.

Begitupun katanya, pertikaian beberapa pihak berhubung perkara itu adalah perkara biasa yang perlu dianggap sebagai cabaran dalam hidup, sekali gus membuatkan seseorang itu lebih matang untuk memimpin.

“Masalah orang pertikai ini, kadang-kadang di negara ini lagi banyak orang pertikai dari orang tidak pertikai. Dulu Saya cakap sokong kerajaan pun ramai yang pertikai.

“Ini perkara biasa tetapi saya fikir, kita perlu cari yang positif. Media juga perlu bantu beri kesedaran kepada rakyat untuk berfikiran positif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di sini hari ini.

Ketika melakukan kunjungan tersebut, Ismail turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai serta anggota yang terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat kejadian kepala di Gunung Jerai, baru-baru ini.

Terdahulu beliau turut berkunjung ke rumah keluarga arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim di Kampung Tebengau Tepi Laut dekat sini, untuk bertanya khabar keluarga anggota bomba tersebut yang terkorban dalam kejadian tragis di Kuala Lumpur pada 2018.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Ismail berkata, kehadirannya adalah bagi mendampingi keluarga tersebut yang turut dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga besar JBPM.

“Sebagai satu keluarga, kita akan bersama dengan mereka. Saya pernah kehilangan seorang anak yang masih remaja ketika dia berada di tahun ketiga universiti, jadi saya tahu betapa susahnya untuk melupakan perkara itu.

“Namun kes ini berada di bawah bidang kuasa polis dan saya tidak boleh komen lanjut mengenainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN