Peja pulangkan gaji sekadar gimik - Aziz Bari - Utusan Malaysia

Peja pulangkan gaji sekadar gimik – Aziz Bari

ABDUL Aziz Bari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan memulangkan gaji dan elaun sebagai Penasihat Khas bekas Perdana Menteri sebagai gimik.

Menurutnya, rakyat berasa muak dengan pelbagai gimik Ahmad Faizal dan tindakan memulangkan gaji dan elaun tersebut tidak akan menghentikan pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

Beliau berkata, Ahmad Faizal sepatutnya menolak pelantikan sebagai Penasihat Khas kerana pentadbiran berkenaan telah sedia diketahui terlalu besar, tidak perlu dan hanya menjadi beban kepada rakyat.

“Rakyat, khususnya di Perak belum lupa tindakan beliau semasa menjadi Menteri Besar Perak.

“Ini termasuk membeli kereta baharu ketika terhimpit dan terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata, Ahmad Faizal juga lari meninggalkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan mandat rakyat tergadai meskipun sebelum itu menuduh pihak lain mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri pada ketika itu.

“Adalah lebih baik Ahmad Faizal diam dan menumpukan masa memastikan portfolio beliau berjaya dari membuang masa melakukan hal-hal remeh seperti mempromosi mi kari yang tiada kena mengena dengan peranan beliau sebagai ahli Parlimen dan anggota pentadbiran,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faizal berkata, beliau akan mahu memulangkan keseluruhan RM27,000 gaji diterima sewaktu bertugas sebagai Penasihat Khas kepada bekas Perdana Menteri buat tabung Covid-19.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya