Patuh, pertahan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri - Sultan Mizan - Utusan Malaysia

Patuh, pertahan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri – Sultan Mizan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR membacakan titah Sultan Mizan Zainal Abidin dalam istiadat pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan wakil-wakil rakyat di negeri ini agar terus mematuhi dan mempertahan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selain Undang-Undang Tubuh Negeri.

Baginda yakin Terengganu dan seluruh rakyat akan menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati serta mematuhi undang-undang dijadikan dasar utama oleh pemimpin.

Baginda bertitah, menjadi tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mencorakkan negeri Terengganu ke arah sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

“Oleh yang demikian, berbahas dan berhujahlah secara rasional serta ilmiah atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama,” titahnya dalam istiadat pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Titah baginda dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu, Sultan Mizan menyarankan kerajaan Pas Terengganu yang diterajui Ahmad Samsuri terus komited dan berusaha memartabatkan lagi agama dan umat Islam di negeri ini.

Baginda bertitah, usaha itu perlu dilakukan menerusi gerak kerja profesional bagi menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai Ad-Din. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN