Pasar raya Mydin Manjoi ditutup sementara untuk sanitasi

Pasar raya Mydin Manjoi ditutup sementara untuk sanitasi

KENYATAAN oleh pihak pengurusan pasar raya Mydin mengenai penutupan cawangannya di Manjoi, Ipoh bagi tujuan sanitasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasar raya Mydin di Manjoi di sini diarahkan tutup buat sementara waktu bagi tujuan sanitasi selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19 di premis berkenaan.

Mydin dalam kenyataannya berkata, prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak itu dijalankan semalam.

Katanya, prosedur itu dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Individu terbabit sedang mendapatkan rawatan manakala kontak rapat telah dikenal pasti dan dikuarantin dengan bantuan KKM.

“Maklumat mengenai tarikh dan waktu operasi Mydin Manjoi akan dimaklumkan kelak setelah mendapat kebenaran daripada KKM,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, pihaknya sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan komuniti setempat bagi mengelakkan jangkitan kes Covid-19.

“Bersama kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi keselamatan bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya