[PARLIMEN] Sajat dibawa balik, Jho Low bagaimana? - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Sajat dibawa balik, Jho Low bagaimana?

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penangkapan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Bangkok, Thailand baru-baru ini membawa persoalan sama ada kerajaan  turut mempergiat pencarian Jho Low bagi membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Itu persoalan dikemukakan Sanisvara Nethaji Rayer (DAP-Jelutong) kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Umum mengetahui bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzaman telah ditahan di Thailand dan akan dibawa masuk ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan. Soalan saya adala, bagaimana pula dengan Jho Low?

“Apakah tindakan yang akan diambil? Adakah kerajaan akan melakukan tindakan yang sama malah lebih agresif untuk mengesan dan membawa balik Jho Low atau tindakannya akan lebih perlahan sekarang kerana Ahli Parlimen Pekan menjadi backbencher kerajaan,?” soal Ahli Parlimen Jelutong itu.

SAIFUDDIN ABDULLAH

Menjawab soalan itu, Saifuddin berkata, ia bukan di bawah bidang kuasanya dan menganggap dakwaan Rayer tidak adil terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih atas soalan tetapi ini bukan di bawah bidang kuasa saya.

“Namun, saya rasa tidak adil ayat yang terakhir daripada Ahli Parlimen Jelutong yang mana ia membawa makna yang tersirat. Saya akan tanya pada menteri yang berkaitan untuk perkara ini,” jawabnya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.