[PARLIMEN] Kerajaan mahu RUU Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan mahu RUU Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin

RINA MOHD. HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyatakan hasrat untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Gangguan Seksual secepat mungkin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, dengan kehidupan norma baharu, rata-rata individu yang terlibat dengan urusan secara dalam talian turut mendedahkan pelbagai pihak dengan risiko gangguan seksual secara maya.

Justeru, katanya, kementerian telah mengambil kira pelbagai bentuk gangguan seksual yang boleh berlaku melalui pelbagai medium komunikasi termasuk secara dalam talian dan siber yang ketika ini hanya ditangani melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

“Kementerian komited untuk memastikan RUU ini dapat dibentangkan secepat mungkin. Namun demikian, proses ketekunan wajar, due diligence perlu dilaksanakan dengan teliti dan sememangnya memakan masa.

“Proses semakan, penambahbaikan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang giat dilaksanakan untuk memurnikan lagi RUU ini sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibentang di dewan Parlimen yang mulia ini,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, sebuah pasukan projek khas yang terlibat dengan draf RUU ini berhasrat untuk menangani isu-isu seperti standard pembuktian yang tinggi, ketiadaan remedi khusus kepada mangsa dan wujudnya isu under-reporting kerana mangsa takut dan malu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“RUU ini digubal untuk menambah baik sistem keadilan sedia ada menerusi penubuhan tribunal khusus bagi mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat dan kos yang minimum menggunakan standard pembuktian imbangan kebarangkalian dan pemberian pampasan atau ganti rugi kepada mangsa.

“Dalam hal ini, terdapat lagi beberapa isu yang telah dibangkitkan yang memerlukan penelitian yang mendalam seperti elemen pencegahan, elemen tanggungjawab organisasi untuk memastikan pencegahan gangguan seksual dilaksanakan di organisasi berkenaan dan elemen keselamatan terhadap mangsa yang membuat aduan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya