[PARLIMEN] Hasil negara meningkat tahun ini, tetapi tersasar dari anggaran Belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Hasil negara meningkat tahun ini, tetapi tersasar dari anggaran Belanjawan 2021

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun hasil negara tmeningkat sebanyak 4.6 peratus bagi separuh tahun pertama 2021 iaitu RM106.4 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2020, prestasi itu disifatkan lebih perlahan berbanding anggaran Belanjawan 2021 yang diumumkan tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd. Shahar Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hasil cukai adalah berjumlah RM80.2 bilion manakala hasil bukan cukai pula berjumlah RM26.2 bilion.

Katanya, jumlah hasil cukai tersebut meliputi RM58.3 bilion yang merupakan hasil cukai langsung manakala RM21.9 bilion adalah hasil cukai tidak langsung.

“Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh separuh pertama tahun 2021 adalah direkodkan sebanyak RM164.2 billion, meningkat sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh sama pada
2020.

“Daripada jumlah tersebut, RM117.4 bilion atau 71.5 peratus disalurkan untuk belanja mengurus, RM28.4 bilion atau 17.3 peratus untuk belanja pembangunan sementara baki sebanyak RM18.4 bilion iaitu 11.2 peratus merupakan perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar berkata, sebahagian besar perbelanjaan merangkumi 65.5 peratus daripada jumlah belanja mengurus adalah untuk menampung berkaitan emolumen sebanyak RM43.2 bilion, bayaran khidmat hutang (debt service charges) sebanyak RM18.4 bilion dan bayaran persaraan sebanyak RM15.3 bilion.

“Bagi perbelanjaan pembangunan pula, sebanyak 82.5 peratus daripadanya disalurkan kepada sektor ekonomi dan sosial.

“Sebahagian perbelanjaan di bawah KWC-19 adalah untuk membiayai program-program termasuk Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM8.9 bilion, subsidi upah (RM3.7 bilion), Geran Khas Prihatin (iaitu RM2 bilion) dan perbelanjaan berkaitan Covid-19 sebanyak RM1.6 bilion,” katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai kedudukan kewangan negara setelah pandemik Covid-19 memasuki tempoh tahun kedua dari segi kutipan hasil negara pelbagai sumber dan tanggungan perbelanjaan yang dipikul untuk membawa negara keluar dari kesengsaraan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya