Taiwan uji roket AS ke arah China - Utusan Malaysia

Taiwan uji roket AS ke arah China

TENTERA Taiwan menguji roket AS ke arah China dalam latihan ketenteraan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Tentera Taiwan melancarkan roket ke arah China mengguna pelancar mudah alih dalam satu latihan ketenteraan yang bertujuan menunjukkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan serangan.

Sistem buatan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai HIMARS itu pernah diuji sebelum ini. Namun, latihan tembakan langsung terbaharu merupakan kali pertama roketnya dilepaskan di perairan Selat Taiwan, yang memisahkan pulau itu dengan China.

“Disebabkan ancaman musuh semasa, kami akan meneruskan latihan HIMARS dengan tekad yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi Taiwan sebagai kekuatan negara,” kata pegawai  tentera, Sarjan Wang Ming-hui.

Tentera berkata, ia menggunakan roket latihan jarak dekat yang tidak terbang jauh dari pantai sebelum jatuh ke laut.

Wakil Taiwan ke AS, Alexander Yui berkata, lokasi tembakan dipilih berdasarkan kedudukan geografi pulau itu.

“Kami sebuah pulau;. Kami hanya boleh me­nembak ke arah timur atau barat, jadi mereka memilih arah barat,” katanya kepada CNN dalam temu bual dengan Jim Sciutto.

AS tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara tetapi ia kekal menentang sebarang perubahan status quo melalui kekerasan dan menjadi pembekal utama senjata pertahanan kepada Taipei.

HIMARS, bermaksud Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi, merupakan sebahagian daripada peralihan strategi yang digalakkan oleh AS, ke arah pendekatan asimetrik, bertujuan mengekang China berbanding berdepan secara langsung melalui pembelian senjata berskala besar.

Sistem pelancar roket yang dipasang pada trak itu boleh digerakkan dari kedudukan tersembunyi. – CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN