KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk tidak mengklasifikasikan cubaan membunuh diri sebagai satu jenayah akan dibawa ke Kabinet tidak lagi.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu bagi memastikan golongan yang cuba membunuh diri tidak lagi dihukum sebaliknya diberikan bantuan sewajarnya.
“Baru-baru ini ada satu understanding dengan menteri sebelum ini untuk menyahjenayah berkenaan cubaan bunuh diri.
“Namun, pindaaan akta ini masih dibincangkan dengan Peguam Negara dan saya difahamkan akan dibawa ke Kabinet supaya menyahjenayah mereka yang cuba bunuh diri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai) berhubung pendirian kerajaan terhadap cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah.
Katanya lagi, walaupun kes bunuh diri meningkat, ia hanyalah sekitar dua peratus berbanding tahun lalu. – UTUSAN










