Nelayan tangkap buaya 500 kilogram di Pantai Bersih

Nelayan tangkap buaya 500 kilogram

SEEKOR buaya seberat kira-kira 500 kg yang berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di perairan Pantai Bersih sebelum dibawa ke Jeti Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya seberat kira-kira 500 kilogram (kg) di perairan Pantai Bersih sebelum membawa ke Jeti Bagan Ajam di Butterworth, di sini hari ini.

Buaya sepanjang kira-kira 3.7 meter itu ditangkap kira-kira pukul 6.45 petang selepas dilihat timbul di permukaan laut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, nelayan yang melihat kehadiran reptilia itu mengambil masa kurang sejam untuk menangkap menggunakan pukat.

“Ketika polis tiba, buaya itu telah berjaya dinaikkan ke pantai oleh orang awam ke kawasan berhampiran deretan kedai makan di Kampung Contoh.

“Buaya yang dianggarkan seberat kira-kira 500 kg itu telah dipindahkan ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah SPU,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut membantu mengangkat haiwan itu adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth.

Difahamkan sang bedal terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya