Negeri Sembilan boleh beralih ke Fasa Empat PPN dalam masa terdekat

Negeri Sembilan boleh beralih ke Fasa Empat PPN dalam masa terdekat

NEGERI Sembilan boleh beralih ke Fasa Empat dalam masa terdekat mengambil kira lebih 80 peratus individu dewasa di negeri ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan optimis untuk beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat selepas lebih 80 peratus individu dewasa di negeri ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun beliau berkata, untuk beralih ke fasa seterusnya beberapa perkara lain perlu juga diambil kira iaitu seperti bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

AMINUDDIN HARUN

“Kalau capai 80 peratus, kita sebenarnya boleh pergi ke Fasa Empat tetapi bergantung kepada beberapa perkara lagi contohnya di ICU dan jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad.

“Jika ini diambil kira, kita akan cuba pastikan dengan kerjasama semua rakyat di Negeri Sembilan, insya-Allah kita akan mampu ke fasa empat dalam tempoh terdekat,” katanya selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban hari ini.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, seramai 658,597 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas di negeri ini telah selesai menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 daripada 847,427 orang yang mendaftar.

Sementara itu, Aminuddin berkata, dia turut menghargai sumbangan dan kerjasama semua pihak serta rakyat selepas negeri ini dapat beralih ke Fasa Tiga PPN bermula esok selepas 10 hari beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua.

“Ini merupakan satu perkara yang baik dan saya harap dalam tempoh ini rakyat tidak langgar prosedur operasi standard ditetapkan, itu penting untuk menjaga diri sendiri.

“Saya yakin rakyat negeri sembilan telah memahami, mereka kena patuh, akur dan kita nampak pematuhan itu sangat baik di negeri sembilan dan saya harap ini dapat diteruskan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN