MoU kerajaan, PH terpakai sehingga Parlimen terbubar - Utusan Malaysia

MoU kerajaan, PH terpakai sehingga Parlimen terbubar

MoU ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan PH bagi mengembalikan kestabilan politik negara di Parlimen. - IHSAN PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa bermula dokumen itu ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14.

Ia terkandung dalam tempoh dalam dokumen MoU yang boleh didapati di https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/bkk/MOU.pdf.

Menerusi dokumen itu di bawah perkara persefahaman pihak-pihak, kerajaan bersetuju tidak mengusulkan pembubaran Parlimen sehingga 31 Julai 2022.

“Kerajaan hendaklah berusaha dengan ikhtiar terbaik melaksanakan setiap satu dan segala transformasi yang dicadangkan dan dalam aturan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” jelas MoU itu yang dikeluarkan oleh Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN