Skuad sepak takraw intai sejarah 

Skuad sepak takraw intai sejarah 

Aksi pemain Malaysia, Shahalril Aiman (kiri) melakukan libasan ketika menentang Korea Selatan dalam acara berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang melakar sejarah baharu jika mampu menjadi juara acara berpasukan Kejohanan Piala Asia Sepak Takraw ISTAF 2025, hari ini.

Berdasarkan reputasi semasa, Malaysia dan Thailand dijangka tidak berdepan masalah menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir untuk layak ke pentas final.

Dalam aksi separuh akhir pada hari yang sama, Malaysia yang menjuarai Kumpulan B akan berdepan naib juara Kumpulan A, India manakala Thailand akan berdepan Korea Selatan yang muncul naib juara Kumpulan B.

Thailand pastinya ada misi tersendiri untuk membalas dendam kekalahan dalam acara regu kepada Malaysia, namun skuad negara pastinya tidak rela terus dimalukan dalam acara berpasukan.

Skrip di pentas Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pastinya mahu diubah oleh skuad negara kerana ketika itu, Malaysia menang dalam acara regu, namun tumpas dalam acara berpasukan kepada Thailand.

Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun mencaturkan strategi bagi menyusun kedudukan regu untuk memastikan misi menumpaskan Thailand berhasil.

Untuk posisi tekong, Malaysia mempunyai Syahir Rosdi, Haziq Hairul Nizam dan Zulkefli Razak, manakala Farhan Adam, Aidil Aiman Azwawi dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri) serta Azlan Alias, Noraizat Nordin dan Afifuddin Razali (apit kanan)

Kali terakhir skuad negara mengatasi Thailand dalam acara berpasukan ialah pada Sukan SEA Manila edisi 1991. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×