MoU kerajaan Persekutuan - PH percepat pemulihan negara

MoU kerajaan Persekutuan-PH percepat pemulihan negara

MOHD. Rafiq Naizamohideen (kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada para jemaah di Masjid Ibadur Rahman, Tangga Batu Kechil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) membantu mempercepatkan pemulihan negara akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, usaha positif kedua-dua belah pihak akan dimanfaatkan dengan menggembleng tenaga bagi memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat.

Kata beliau, aspek kesihatan dan ekonomi rakyat antara yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin politik ketika ini.

“Saya yakin dan percaya apabila semua fokus diberikan kepada perkara saya sebutkan tadi, maka insya-Allah Malaysia akan berjaya menangani pandemik ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Politik tanah air mencatat sejarah Isnin lalu, selepas kerajaan Persekutuan dan PH memeterai MoU bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan empat wakil PH iaitu Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

MoU tersebut merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perjanjian berkenaan berkuat kuasa dari tarikh ia dimeterai sehingga pembubaran Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya