MM2H: Hanya yang berkualiti dibenar menetap - Utusan Malaysia

MM2H: Hanya yang berkualiti dibenar menetap

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) perlu mematuhi dasar baharu bagi memastikan hanya yang berkualiti dan sah serta memberi sumbangan pertumbuhan ekonomi dibenarkan menetap di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, namun kerajaan sedia mempertimbang memberi kelonggaran kepada peserta MM2H sedia ada dari syarat dan dasar yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, kelonggaran tersebut termasuk keperluan pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta.

“Selain itu, pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak.

“Mereka juga perlu membuat pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta dan pendapatan luar negara sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan serta lain-lain keperluan syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang bertanya sama ada kerajaan akan menyemak semula program MM2H berikutan rungutan komuniti MM2H dan industri ekonomi berkaitan terhadap syarat baharu yang amat ketat dalam sesi Persidangan Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN