PRN Sabah 7 September hanya spekulasi

PRN Sabah 7 September hanya spekulasi

CHAN Foong Hin (tengah) bersama penerima Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan 2025 di Tawau., Sabah semalam. – UTUSAN/BESSE AISYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin menyifatkan ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada 7 September, sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu, sebagai spekulasi semata-mata.

Menurutnya, tarikh sebenar pem­bubaran Dewan Undangan Ne­geri (DUN) adalah kuasa penuh Ke­tua Menteri, dan beliau sendiri ti­dak mengetahui perancangannya.

“Jadual PMX pun saya tidak tahu, apatah lagi bila Ketua Menteri dapat idea untuk bubar DUN. Kalau nak bubar, bubarlah,” katanya selepas Program Libat Urus Galakkan Tanaman Koko Sektor Perladangan Negeri Sabah, semalam.

Mengulas laporan kononnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memohon 50 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) meminta 23 kerusi, Foong Hin berkata rundingan pembahagian kerusi masih berlangsung.

“Kadang kala dikatakan PH akan bertanding 25 kerusi, kadang kala 23. Saya sendiri tidak ta­hu. Tak perlu kejar nombor ke­rana rundingan belum selesai,” ka­tanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN