Parlimen: Sistem kumpulan berkaitan diagnosis dilaksana 2026

Parlimen: Sistem kumpulan berkaitan diagnosis dilaksana 2026

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memulakan pelaksanaan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dengan memperkenalkan produk insurans takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas pada 2026.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, MHIT asas berfungsi sebagai platform seragam yang memastikan ketelusan dan keberkesanan penggunaan sistem pembayaran berasaskan DRG.

Bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan lancar, beliau berkata, pihak kementerian bekerjasama secara aktif dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan, Pengendali Insuran dan Takaful serta hospital swasta.

“Meskipun pembangunan DRG di sektor swasta dilaksanakan lebih awal, usaha ini masih menyokong usaha pembangunan sistem DRG kebangsaan yang lebih inklusif kerana mengambil kira integrasi data dan analisis logik rupa yang lebih tepat bersama-sama Hospital Pengajar Universiti dan Hospital Angkatan Tentera,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat [PH-Pulai] mengenai rancangan lima tahun kerajaan untuk memperkenalkan sistem DRG sebagai langkah menyelaraskan penstrukturan kos kesihatan.

Lukanisman berkata, pelan pelaksanaan sistem DRG kebangsaan lima tahun yang dirangka bermula 2023 sedang berjalan dengan penubuhan jawatankuasa khas bersama agensi kerajaan dan swasta, kajian teknikal serta permohonan dan kelulusan peruntukan pembangunan sistem ICT DRG kebangsaan.

“Pada tahun ini, kita melaksanakan pembangunan sistem DRG kebangsaan, bengkel penyelarasan dan latihan penetapan kod klinikal di hospital kerajaan dan swasta.

“Tahun depan adalah pembangunan algoritma DRG kebangsaan, model penetapan kos dan integrasi sistem. Pada 2027, ujian sistem pelaksanaan projek rintis dan pelancaran rasmi sistem DRG kebangsaan akan dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata, DRG sektor swasta adalah langkah interim bagi membendung kenaikan kos perubatan swasta yang membebankan rakyat, meskipun dengan metodologi yang sedikit berbeza dengan DRG kebangsaan.

“DRG sektor swasta ini dibangunkan selari dan boleh digabungkan melalui kebolehoperasian sistem dengan DRG kebangsaan kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN