Mayat wanita ditemukan tergantung di kipas - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan tergantung di kipas

MAYAT seorang wanita ditemukan dalam keadaan tergantung di kipas di sebuah rumah di Taman Teratai, Senawang, Seremban. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Teratai, Senawang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 5.59 petang semalam.

Katanya, mayat wanita berusia 33 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergantung di kipas di ruang tamu rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan kesan calar di pergelangan tangan kiri disyaki mencederakan diri.

“Dia disahkan meninggal dunia kira-kira satu hingga dua jam sebelum ditemukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Said, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes di siasat dibawah laporan mati mengejut,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya