Mayat penumpang Myvi hanyut ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat penumpang Myvi hanyut ditemukan

KENDERAAN mangsa yang dibawa keluar pada pukul 11.28 pagi di Sungai Dambai, Jalan Kionsom Lama, Inanam di Kota Kinabalu. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: MAYAT penumpang Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Sungai Dambai di Jalan Kionsom Lama, Inanam ditemukan kira-kira pukul 11.28 pagi tadi.

Pegawai Kanan Bomba, Kenneth Wilfred berkata, kenderaan berkenaan ditemukan penduduk kampung pada pukul 7.20 pagi tadi dan usaha menarik keluar kenderaan yang tertimbus pasir berjaya dilakukan pada pukul 11.28 pagi.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menarik keluar kenderaan dengan bantuan penduduk kampung menggunakan dua pacuan empat roda.

“Sebaik sahaja kenderaan itu berjaya dibawa keluar, kita menemukan seorang penumpang lelaki, Juning Maturun,37, yang berasal dari Kampung Kionsom lama.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemukan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa kedua masih dijalankan oleh bomba dengan bantuan polis dan penduduk kampung.

Semalam, sebuah rakaman video tular mengenai Perodua Myvi yang dilihat meredah banjir di Jalan Kionsom Lama sebelum terjunam dan dihanyutkan di Sungai Dambai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN