Malaysia masih ketinggalan ekonomi, daya saing - Anwar - Utusan Malaysia

Malaysia masih ketinggalan ekonomi, daya saing – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia masih ketinggalan dalam aspek ekonomi dan daya saing berbanding negara lain di rantau ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan perlu mengakui perkara tersebut dan tidak membuat propaganda serta kenyataan seolah-olah negara masih selamat di samping tidak tergugat.

“Perpindahan syarikat besar ini satu perkara serius. Kita perlu lihat balik tahap pertumbuhan negara yang rendah. Jika ada kenaikan pun tidak banyak, ini kena lihat semula supaya tidak berlaku salah tafsiran.

“Kerajaan dalam masa yang sama jangan buat kenyataan yang menafikan perkara benar dan diketahui umum seperti kita masih selamat.  Ada yang berminat melabur dan sebagainya sedangkan syarikat besar sudah pun beralih ke Indonesia dan Vietnam,” katanya membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan perlu belajar daripada pengalaman Indonesia dan Vietnam yang masih mampu menarik pelabur dalam tempoh penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN