MAINJ sedia RM3 juta untuk bakul makanan bagi Fasa 1 PPN

MAINJ sedia RM3 juta untuk bakul makanan bagi Fasa 1 PPN

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah memperuntukkan RM3 juta bagi program Bantuan Bakul Makanan sepanjang tempoh pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, bantuan itu disalurkan melalui Pejabat MAINJ Daerah dan juga menerusi amil-amil agihan zakat di setiap mukim.

Katanya, MAINJ juga menyediakan pusat panggilan di peringkat ibu pejabat sebelum tindakan bantuan dilaksana di peringkat daerah.

“Sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 7,345 jumlah bakul makanan telah disalurkan di seluruh negeri Johor. Bagi memperluas lagi agihan untuk membantu mereka yang terjejas dan terputus bekalan makanan, MAINJ juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.53 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ysahruddin Kusni (PH-Bukit Naning) berhubung jumlah penerima bantuan MAINJ sepanjang tempoh pelaksanaan PPN pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar hari ini.

Tambah beliau, peruntukan khas itu bertujuan untuk pelaksanaan beberapa sumbangan iaitu sumbangan RM1.7 juta di salurkan kepada 341 Gerobok Rezeki yang terletak di masjid dan surau seluruh negeri Johor dengan nilai RM5,000 setiap lokasi.

“Selain itu, sumbangan kewangan RM1.6 juta disalurkan kepada masjid dan surau yang terjejas bertujuan membantu pengimarahannya terutama bagi menampung keperluan bil utiliti.

“Sumbangan RM230,000 kepada Pejabat Daerah di seluruh Johor untuk tujuan Gerobok Rezeki yang dilaksanakan setiap hari,” ujarnya sambil memaklumkan MAINJ komited membantu masyarakat yang terjejas disebabkan pandemik ini.

Tosrin turut memaklumkan agihan bakul makanan MAINJ melibatkan barangan keperluan harian bernilai RM100 dan wang tunai berjumlah RM200. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN