Lori bergerak tanpa pemandu dalam ladang undang misteri  - Utusan Malaysia

Lori bergerak tanpa pemandu dalam ladang undang misteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Riuh apabila sebuah lori lama yang didakwa digunakan pada perang zaman Jepun ditemukan bergerak sendiri tanpa pemandu yang dikatakan berlaku di sebuah ladang di daerah ini, di sini.

Video yang berdurasi kira-kira 45 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna sejak enam bulan lalu.

Namun video itu tular baru-baru ini yang memaparkan sebuah lori lama sedang bergerak seperti dipandu oleh ‘sesuatu’ didakwa di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah.

Kejadian dilihat berlaku pada siang hari yang mana lori tersebut bergerak lebih kurang 20 meter tanpa kewujudan pemandu di dalamnya.

Namun kesahihannya masih lagi menjadi tanda tanya dan mengundang pelbagai andaian terutama sekali daripada pengguna media sosial.

“Tentera Jepun mana ada lori macam itu. Hantu manalah usik orang siang-siang hari. Sah-sah kantoi dengan JPJ. Buat malu tentera Nippon buat kerja macam ini,” ulas salah seorang pengguna Facebook.

Video tersebut juga telah tular melalui aplikasi WhatsApp, Tiktok serta Youtube.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat ia hanyalah salah satu ‘content’ atau pengisian yang tidak menjadi dari sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan apabila ia menjadi tular.

Ada juga pengguna media sosial yang berasa hairan dan mengajak pengguna lain memerhatikan tayar lori tersebut yang tidak berputar seperti bergerak di awang-awangan.

Tidak kurang juga yang menzahirkan rasa seram dan meremang bulu roma apabila menonton video itu berulang kali walaupun ia berlaku di siang hari.

Malah, terdapat juga pengguna media sosial yang tidak menafikan kewujudan entiti daripada alam ghaib yang sememangnya wujud di alam nyata ini.

Kebanyakan orang ramai berharap agak pihak yang bertanggungjawab tampil membuat penjelasan kesahihan video tersebut bagi menamatkan spekulasi yang tersebar. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya