Lembah Klang beralih Fasa 2 - Utusan Malaysia

Lembah Klang beralih Fasa 2

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berita baik untuk penduduk kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila kerajaan bersetuju membenarkan peralihan Fasa 2 berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutama seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN