Lelaki kekal majoriti kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki kekal majoriti kematian Covid-19

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 272 kes kematian Covid-19 melibatkan 227 warga tempatan dan 45 warga asing dengan 164 kes adalah lelaki.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor dan Johor, masing-masing 63 kes; Sabah (31), Kuala Lumpur (21), Pulau Pinang (20), Sarawak (17), Kedah (14), Negeri Sembilan (9), Kelantan (8), Terengganu (7), Melaka (6), Pahang (6), Perak (5) dan Perlis (2).

“Kematian sebanyak 81 orang termasuk 25 warga asing adalah kes yang dibawa ke hospital dengan menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 18,491 kes, sejak pandemik melanda negara, tahun lalu.

“Sebanyak 167 kes pula ada melibatkan pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,352 kes berbanding semalam, 20,396 kes sekali gus terus diatasi kes sembuh iaitu 20,201 kes dengan 975 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 435 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,668 kes aktif.

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,714 kes diikuti Selangor (2,126), Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082)

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (700), Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295) dan Negeri Sembilan (193). Perlis pula merekodkan 38 kes diikuti Putrajaya, 23 kes manakala Labuan hanya lima kes,” katanya.

Bagi 30 kluster baharu pula, beliau berkata, ia melibatkan 16 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster institusi pendidikan dan satu kluster pusat tahanan.

Kluster tempat kerja, katanya, tujuh di Johor, tiga di Sarawak, dua di Selangor manakala Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster komuniti, empat di Kelantan, dua di Sarawak dan satu di Terengganu manakala kumpulan berisiko tinggi, tiga di Perak dan satu di Sarawak.

“Kluster institusi pendidikan, Johor dan Selangor, masing-masing satu kluster manakala kluster pusat tahanan, satu di Sabah,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 268 daripada 17,352 kes jumlah harian hari ini, adalah pesakit kategori tiga hingga kategori lima manakala sebanyak 191 kes (71.3 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi.

“Hanya 77 kes (28.7 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.

“Bagi kategori satu dan dua pula, sebanyak 65.9 peratus daripada 17,084 kes, tiada vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya