Lelaki gelar diri 'Sir' mohon maaf tular video persoal SOP masjid

Lelaki gelar diri ‘Sir’ mohon maaf tular video persoal SOP masjid

SEORANG lelaki (kanan) membuat permohonan maaf kepada seorang petugas Masjid Taman Rasa Sayang, Senawang, Adzmi Mahmud sambil disaksikan Zulkifli (dua dari kanan) di pekarangan tersebut hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 59 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Sir’ membuat permohonan maaf secara terbuka di Masjid Ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang, Senawang, di sini hari ini.

Ia susulan tindakannya merakam dan memuat naik video yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan jemaah untuk solat Jumaat di masjid tersebut.

Menurut lelaki berkenaan, permohonan maafnya itu adalah kepada pihak masjid, pengurusan, ahli jawatankuasa dan ahli kariah selepas menyedari apa yang berlaku tersebut adalah hanya salah faham.

“Seperti mana yang telah ditentukan, saya telah buat permohonan maaf kepada pihak masjid, tetapi atas keputusan ahli jawatankuasa masjid, mereka sebulat suara untuk buat sidang akhbar.

“Pihak masjid sudah jelaskan kepada saya bahawa SOP tersebut bukan sengaja dibuat tetapi adalah atas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS),” katanya pada sidang akhbar permohonan maaf tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, dia juga berharap orang ramai supaya berhenti untuk berkongsikan video tersebut yang telah dimuat naiknya menerusi akaun TikTok.

“Jika tidak, mereka juga akan dikena tindakan dan itu terpulang pada pihak masjid. Ini adalah permohonan maaf terbuka kerana kes ini adalah salah faham,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kariah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed berkata, video tersebut adalah berunsur fitnah dan jelas telah memburukkan imej masjid.

“Rakaman itu juga berunsur ugutan kerana perakam mengatakan akan menularkan video itu. Kami mengikut SOP yang ditetapkan JHEAINS yang hanya membenarkan 150 orang jemaah masuk ke dalam masjid bagi solat Jumaat,” katanya.

Sebelum ini, susulan Peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masjid dan surau di negeri ini dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam terhad kepada 150 jemaah terawal.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan termasuk pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang telah melepasi tempoh 14 hari menerima dua dos suntikan vaksin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya