Lebih 40 juta dos vaksin setakat semalam  - Utusan Malaysia

Lebih 40 juta dos vaksin setakat semalam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 40 juta dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat 11.59 malam tadi.

Menerusi infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dalam satu hantarannya di Twitter, jumlah itu melibatkan 21, 938, 426 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 18, 295, 014 individu lengkap vaksinasi.

Lembah Klang mencatatkan penerima keseluruhan tertinggi iaitu 77.6 peratus individu lengkap vaksinasi dan 86 peratus bagi individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Kelantan pula merekodkan pemberian vaksin terendah apabila mencatatkan 36.7 peratus bagi individu lengkap vaksinasi dan 50 peratus bagi individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, negara mencatatkan 78.2 peratus individu lengkap vaksinasi manakala 93.1 peratus individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN