[PARLIMEN] Lebih 2,000 kes BID tidak berada di bawah CAC, CAC GP - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Lebih 2,000 kes BID tidak berada di bawah CAC, CAC GP

Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan rakyat lebih yakin dengan kuarantin di rumah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga Ogos 2021, jumlah kematian sebelum dibawa ke hospital (BID) adalah sebanyak 2,417 kes namun sebanyak 2,200 kes atau 86 peratus tidak berada di bawah mana-mana pusat penilaian Covid-19 awam atau swasta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu membimbangkan kerana hanya 217 kes BID atau 14 peratus di bawah jagaan CAC atau CAC GP.

“Saya telah minta kementerian melihat secara teliti mengapa mereka tidak berada di bawah jagaan kemudahan kesihatan, sama ada tidak bergejala sehingga mengalami hypoxia akhirnya kemerosotan itu berlaku dalam tempoh 48 jam dan tak sempat dihantar ke hospital, sebab kebanyakan daripada kes ini kemerosotan berlaku tiba-tiba sahaja,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebab itu, katanya, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan rakyat lebih yakin dengan kuarantin di rumah.

“Maknanya peralatan kita hantar, pemantauan kita buat supaya mereka rasa ada sedikit gejala terus buat laporan, selepas itu dapat panggilan dari CAC, mengisi borang kendiri.

“Jadi kena perkasakan ahli keluarga dan pemimpin masyarakat, bila ada tanda sedikit pun kita buat ujian kendiri atau lapor ke CAC, ini cara kita kurangkan BID sebab kita nak pastikan tidak ada lagi silent death dan tempoh 24 jam adalah terlalu lewat untuk hantar ke hospital,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya