Laman Budaya Musical Fountain, Zip Line kembali dibuka - Utusan Malaysia

Laman Budaya Musical Fountain, Zip Line kembali dibuka

LAMAN Budaya Musical Fountain di Taman Tasik Shah Alam kembali beroperasi semalam. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka Laman Budaya Musical Fountain untuk aktiviti riadah kepada pengunjung mulai 17 September lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, persembahan air pancuran berirama itu dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad mulai pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam.

“Orang ramai yang mengunjungi Laman Budaya Musical Fountain hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti  menerima suntikan vaksin lengkap, memakai pelitup muka, mengimbas QR code dan suhu badan.

“Pengunjung juga perlu  mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya tiga meter dan mematuhi SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi,” katanya.

Terdahulu, aktiviti meluncur Zip Line kembali dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah dan rekreasi sejak 11 September lalu.

Shahrin berkata, aktiviti Zip Line sepanjang 240 meter di Taman Tasik Shah Alam itu beroperasi pada pukul 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.30 pagi sehingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).

Lokasi pelancongan tersebut mula diperkenalkan April lalu dengan harga tiket untuk kategori warganegara (dewasa) sebanyak RM25 dan RM40 bagi pelancong luar.

Harga tiket bagi warga Shah Alam adalah RM20 dan kanak-kanak RM10. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya