Laluan MRR2 sepanjang 2 kilometer ditutup 6 bulan - Utusan Malaysia

Laluan MRR2 sepanjang 2 kilometer ditutup 6 bulan

Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penutupan lorong dan pengaktifan laluan kontra melibatkan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilaksanakan bermula hari ini selama enam bulan sehingga 10 Disember yang membabitkan Kilometer 37.2 hingga Kilometer 39. 

Timbalan Pengurus Besar SUKE Zarulazam Eusofe berkata, ia membabitkan laluan sepanjang dua kilometer di antara persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi bagi pembinaan SUKE.

“Penutupan lorong dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan 11 unit tiang, kerja konkrit dan pemasangan tembok parapet yang akan merentasi MRR2,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau, langkah itu dilakukan untuk mengasingkan kawasan pembinaan daripada pengguna jalan raya demi keselamatan mereka bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada berlakunya insiden tidak diingini. 

“Sepanjang tempoh pembinaan berlangsung, kedua-dua lorong U-overhead berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga lorong Sungai Besi Bound (SBB) akan ditutup untuk lalu lintas.

“Aliran kontra dua lorong akan diaktifkan dari arah Ulu Kelang manakala trafik menuju Ulu Kelang akan dialihkan menerusi susur keluar di TBS,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti tersebut juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bermula 11 Disember hingga 10 Mac, laluan aliran kontra itu dikurangkan kepada satu lorong sebaik kerja pembinaan beralih ke fasa kedua.

“SUKE ingin menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang tidak keselesaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya