Kluster komuniti jangkiti 346 orang punca Kg. Bahagia kena PKPD - Utusan Malaysia

Kluster komuniti jangkiti 346 orang punca Kg. Bahagia kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lokaliti di Jajahan Kuala Krai, Kelantan iaitu Kampung Bahagia dalam Mukim Batu Mengkebang antara tujuh lokaliti di tiga negeri bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini.

Ia susulan kluster komuniti yang diumumkan Kementerian Kesihatan Sabtu lalu dan sehingga semalam merekodkan 346 individu positif Covid-19 termasuk enam kes import.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN),  Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD sehingga 29 September ini adalah satu lagi lokaliti di Pahang iaitu Kampung Tementong dalam Mukim Cheka 1, Daerah Lipis.

Ini juga disebabkan kluster komuniti yang baru dilaporkan kementerian itu semalam ekoran kes indeks daripada seorang bergejala pada 7 September tetapi sudah menjangkiti 12 orang.

“Selebihnya meliputi lima lokaliti di Sabah iaitu Kampung Pinatau serta Kirangawan Darat dan Tengah, Kota Marudu, Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau; Kampung Lungkidau, Ranau; serta Perumahan Pekerja Ladang Boustead Ruku-Ruku, Telupid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu ujar Rodzi, dua lokaliti di Pahang yang sepatutnya berakhir PKPD esok, namun disambung lagi iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di Mukim Bebar dalam Daerah Pekan yang sudah dilaksanakan PKPD sejak 2 September lepas.

Bagaimanapun, enam lokaliti di Sabah pula ditamatkan serentak esok antaranya Kampung Rampayan Laut, Kota Belud yang berakhir awal selepas dikenakan PKPD pada 26 Ogos, juga Kampung Labuan dan Kampung Ambong Tolus yang tamat awal daripada sejak dilaksanakan PKPD 22 Ogos lalu.

Baki tiga lokaliti pula berakhir seperti tarikh yang ditetapkan oleh pihak MKN pada esok iaitu Taman Ria Height, Tawau serta Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru di Ranau. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN