Kg. Dusun Pak Senam dilanjutkan PKPD ekoran sudah 222 kes

Kg. Dusun Pak Senam dilanjutkan PKPD ekoran sudah 222 kes

SEORANG penduduk Kampung Dusun Pak Senam memasang pagar daripada buluh bagi menghalang orang luar membawa Covid-19 ke lokaliti itu. – FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan Kampung Dusun Pak Senam di Pahang yang sepatutnya tamat esok, namun disambung 14 hari lagi.

Lanjutan sehingga 5 Oktober depan itu susulan lonjakan kes di perkampungan masyarakat Orang Asli dari kalangan suku kaum Semai sejak dikenakan PKPD pada 8 September lalu dengan sejumlah 222 kes direkod hingga semalam yang sudah berjangkit kawasan berjiran di Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis iaitu Kampung Cherong, Kampung Regang dan Kampung Dayok.

Kluster komuniti itu berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang bergejala sejak 29 Ogos sebelum disahkan positif Covid-19 pada 2 September lepas.

Penempatan komuniti itu antara beberapa perkampungan contoh di daerah ini memasang pagar diperbuat daripada buluh bagi menyekat wabak dibawa masuk orang luar awal Jun lalu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, hanya satu lokaliti yang bakal dilaksanakan PKPD bermula 22 September ini iaitu Kampung Garib dalam Daerah Matunggong, Bahagian Kudat di Sabah.

Sementara tujuh lokaliti di negeri itu yang sudah pun dikenakan PKPD, akan berakhir serentak pada esok antaranya Kampung Lotong, Daerah Kota Marudu iaitu tamat seminggu lebih awal, manakala selebihnya tamat seperti tarikh dijadualkan termasuk Kampung Tanjung Batu Tengah, Daerah Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Daerah Papar yang dikenakan PKPD sejak 25 Ogos.

Baki empat lokaliti pula dikenakan PKPD pada 8 September lalu iaitu Kampung Mompilis, Matunggong; Kampung Pahu Pinawantai, Ranau serta Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN