Kes saman Awal, Scha: Mediasi rayuan D'Haja 17 Januari - Utusan Malaysia

Kes saman Awal, Scha: Mediasi rayuan D’Haja 17 Januari

SCHA ALYAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Januari tahun depan bagi mengetahui perkembangan sama ada rayuan pembekal tekstil, D’Haja (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam kes saman yang dikemukakan oleh pasangan selebriti, Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya, boleh diselesaikan melalui mediasi.

Prosiding itu akan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Seri Mohd.  Firuz Jaffril.

Jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 19 Januari bagi menentukan tarikh lain untuk pendengaran rayuan D’Haja.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak media oleh peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D’Haja hari ini.

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat dalam kes saman itu yang kini berada di peringkat rayuan, menyelesaikannya secara baik melalui proses mediasi.

Mediasi ialah proses bagi menyelesaikan suatu pertikaian tanpa melalui proses perbicaraan yang panjang di mahkamah.

Awal Ashaari

D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan tuntutan saman Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir (Scha) terhadap syarikat itu.

Saman tersebut berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Rayuan itu difailkan D’Haja pada 3 April 2019 atas alasan Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan pada 27 Mac 2019.

Pasangan suami isteri itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D’Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000, faedah lima peratus bermula dari dari tarikh pemfailan sehingga pembayaran penuh serta kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.

Mahkamah Sesyen juga membenarkan tuntutan balas difailkan D’Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.

Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D’Haja pada 11 Oktober 2016 selama dua tahun iaitu sehingga 10 Oktober 2018.

Bagaimanapun, mereka mendakwa D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumalah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.