Kerajaan perlu adil isu kerakyatan anak lahir luar negara

[Parlimen]: Kerajaan perlu adil isu kerakyatan anak lahir luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk menarik semula tindakan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah bahawa seorang ibu juga boleh menurunkan status kerakyatan kepada anaknya.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jika kerajaan ingin berlaku adil, beliau mencadangkan supaya hak warganegara anak tidak diberi kepada bapa warga Malaysia yang anaknya lahir di luar negara.

“Saya sampai hari ini tidak faham, Speaker peguam, saya peguam, sampai  hari ini saya tak faham apa ruginya (ibu warganegara boleh menurunkan status kerakyatan kepada anaknya yang lahir di luar negara).

“Kalau nak berlaku adil, saya nak maklumkan kepada perdana menteri. Menteri kena berlaku adil kepada semua. Kalau ibu tak dapat, bapa juga jangan bagi. Kenapa ibu tak boleh bapa boleh? Adakah wanita banyak kekurangan dari lelaki?”soalnya  ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pendirian tersebut disokong Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) yang menyarankan kerajaan menarik semula rayuan di mahkamah.

Sebelum ini kerajaan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara untuk diberikan kewarganegaraan secara automatik.

Susulan desakan banyak pihak supaya kerajaan tidak membuat rayuan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan mencadangkan kepada Majlis Raja-raja meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kerakyatan kanak-kanak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN