Kerajaan bincang wajibkan guru ambil vaksin - Utusan Malaysia

Kerajaan bincang wajibkan guru ambil vaksin

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu diperhalusi secara terperinci kerana melibatkan beberapa implikasi perundangan.

Beliau menjelaskan, buat masa ini pendekatan pengambilan suntikan imunisasi Covid-19 masih berkonsepkan sukarela termasuk kepada warga pendidik sebagaimana dilaksanakan di bawah Program Imunisasi COvid-19 Kebangsaan (PICK).

“Saya kena bincang dengan KPM sebab ada implikasi perundangan di sini, justeru ia perlu diperhalusi bersama Menteri (Datuk Dr. Radzi Md. Jidin), sama ada kita boleh wajibkan pengambilan vaksin secara ‘sectorial mandate’ (mandat mengikut sektor),” katanya dalam sidang akhbar, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya