Kenapa tiada akta dana politik dalam MoU kerajaan-pembangkang?

Kenapa tiada akta dana politik dalam MoU kerajaan-pembangkang?

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan mengapa akta dana politik tidak termasuk dalam memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang.

Beliau berpendapat, akta tersebut perlu dilaksanakan segera kerana ia telah lama dicadangkan tetapi masih tidak menjadi antara agenda utama kerajaan sehingga ke hari ini.

“Ada perkara yang tidak disebut dalam MoU antara kerajaan dan pembangkang iaitu akta dana politik. Pada 2016, sudah ada draf Political Donation and Expenditure Act (PDEA), kenapa tidak dilaksanakan perkara ini?

“Maka perlu diadakan kerana pemberi dan penerima tidak patut dizalimi. Saya tidak mahu bercerita panjang dalam dewan ini tapi saya seorang mangsa kezaliman dana politik yang tidak diaktakan, kalau nak cerita panjang ceritanya, tapi itulah menyebabkan saya jadi kluster mahkamah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad mencadangkan supaya pelantikan timbalan speaker akan datang mengutamakan golongan tertentu, selepas kerajaan bercadang untuk menambah jumlah timbalan speaker.

“Kalau boleh salah satu timbalan speaker adalah wanita dan kalau boleh salah satunya datang dari Sabah atau Sarawak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN