Guardiola seru pemain bangkit buru slot Liga Juara-Juara 

Guardiola seru pemain bangkit buru slot Liga Juara-Juara 

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menyeru anak buahnya supaya bangkit daripada kekecewaan selepas tewas dalam final Piala FA kepada Crystal Palace, semalam..

Beliau berharap kegagalan itu menjadi pemangkin untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

City terpaksa menerima hakikat menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi utama buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun, selepas tunduk 0-1 kepada Palace di Stadium Wembley.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol tunggal Eberechi Eze pada minit ke-16 serta aksi cemerlang penjaga gol, Dean Henderson yang menyelamatkan sepakan penalti Omar Marmoush menjadi detik gelap buat skuad The Citizens yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini.

Malah, City turut mempertikaikan keputusan pengadil yang tidak melayangkan kad merah kepada Henderson selepas dia dilihat sengaja melengahkan masa.

“Kami sudah perbaiki banyak isu dalam sebulan terakhir, tapi menentang Palace dan Southampton, kami gagal cipta banyak peluang. Itu yang mengecewakan,” kata Guardiola.

City kini di tangga keenam liga, satu mata di belakang tempat kelima yang memberikan laluan automatik ke Liga Juara-Juara. 

Mereka bakal menentang Bournemouth di laman sendiri, sebelum aksi penutup musim di tempat lawan menentang Fulham pada 25 Mei ini.

Guardiola mengakui kegagalan menjaringkan gol serta kurangnya kreativiti di bahagian tengah menjadi punca utama kemerosotan pasukan.

“Kami ada penguasaan bola, tapi tidak cukup kreativiti dan ketajaman untuk menembusi pertahanan Palace yang sangat disiplin,” katanya.

Kekalahan itu turut menandakan dua musim berturut-turut City tewas di pentas final Piala FA, selepas dikecewakan Manchester United tahun lalu.

Kevin De Bruyne yang membuat penampilan terakhir dalam final bersama City, dilihat gagal mempamerkan magis seperti sebelumnya dan ia seiring dengan keputusan kelab untuk melepaskannya akhir musim ini.

“Saya mahu Kevin berada di posisi terbaik untuk mencipta peluang, tapi hari ini kami tak jumpa ruang itu,” jelas Guardiola. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini