Kelonggaran SOP Lembah Klang sama seperti negeri Fasa 2 lain - Utusan Malaysia

Kelonggaran SOP Lembah Klang sama seperti negeri Fasa 2 lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri berkata, peralihan Fasa 2 Lembah Klang Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menyaksikan penduduk boleh menikmati kelonggaran sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki fasa itu seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perdana Menteri berkata, ini termasuk pergerakan rentas daerah dibenarkan bagi mereka lengkap vaksinasi.

“Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa yang mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

“Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin sementara aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang lengkap dua dos,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya