Kelantan catat kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Kelantan catat kluster terbanyak

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja mencatatkan 13 kluster Covid-19 daripada 23 kluster hari ini, manakala Kelantan menjadi negeri penyumbang terbanyak kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, komuniti merekodkan tujuh kluster, tiga kluster pendidikan lain manakala pendidikan swasta, pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster.

Kluster tempat kerja katanya, ia melibatkan empat di Selangor, tiga di Johor, dua di Kelantan, dua di Perak manakala Kuala Lumpur dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula, lima di Kelantan dan dua di Pahang manakala kluster pendidikan lain, dua di Perak serta satu di Terengganu.

“Bagi kluster pendidikan swasta, satu di Pahang serta satu kluster pendidikan tinggi di Sarawak dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,990 kes berbanding semalam, 15,759 kes sekali gus diatasi 19,702 kes sembuh manakala 1,115 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 618 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

“Lima negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170).

“Perlis mencatatkan 97 kes dan Putrajaya, 30 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 101 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 108 kes sebelum ia berubah kepada 124 kes.

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sedikit, sebanyak 334 kes berbanding kelmarin, 301 kes.

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,078 kes.

Sebanyak 84 daripada 334 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,648 kes.

Seramai 1,116 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 635 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 10,599 orang manakala 206,473 kes aktif.

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 187 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), sembilan kes diikuti Johor (37/28), Kelantan (20/7), Kuala Lumpur (18/3), Sabah (14/10), Perak (12/7), Sarawak (10/6), Kedah (8/7), Pulau Pinang (7/14), Pahang (7/4), Terengganu (6/2), Negeri Sembilan (5/1), Melaka (3/2) dan Perlis (0/1).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.