Kanak-kanak 21 bulan cedera digigit kera - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 21 bulan cedera digigit kera

KECEDERAAN dialami seorang kanak-kanak perempuan yang digigit seekor kera di Taman Dusun Nyior, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, pukul 8.40 pagi ini.

Kejadian itu disahkan  Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun.

Menurut beliau,  pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa anak buahnya mengalami kecederaan akibat gigitan seekor kera di halaman rumah dan dibawa ke hospital berhampiran.

“Bertindak atas aduan, anggota Jabatan Perhilitan ke rumah mangsa untuk melihat keadaan dan situasi di rumah tersebut.

“Semasa sampai di rumah mangsa, kera yang menyerang masih ada atas pokok seberang jalan di hadapan rumah. Pihak jabatan telah menembak mati kera tersebut. Kera jantan dewasa kira-kira lapan kilogram telah dibawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Mat berkata, kanak-kanak berkenaan kini masih lagi berada di Hospital Tuanku Ja’afar dan ditahan di wad bagi rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Menurutnya, pihak Jabatan Perhilitan akan membantu keluarga mangsa dengan memohon mereka mengisi borang tabung serangan binatang buas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya