Kadar kebolehjangkitan menurun, vaksin lengkap 85.1 % - PM

Kadar kebolehjangkitan menurun, vaksin lengkap 85.1 peratus – PM

KADAR vaksinasi dalam kalangan remaja Malaysia adalah antara yang terpantas di dunia dengan 80.2 peratus sudah terima dos pertama dalam masa hanya sebulan selepas dimulakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 dengan kini mencatatkan nilai 0.88 bagi seluruh negara dan kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan trend penurunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan R-naught yang masih kekal di bawah nilai 1.0, kerajaan yakin unjuran harian kes baharu jangkitan wabak itu akan terus mencatatkan trend penurunan dengan kerjasama Keluarga Malaysia mematuhi SOP meskipun jumlah kes jangkitan harian menunjukkan ketidaktentuan.

“Semalam (28 September), Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merekodkan kadar 85.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

“Pada masa yang sama, PICK Remaja mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan sebanyak 1,217,386 dos vaksin telah diberikan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, perkembangan ini selari dengan matlamat kerajaan yang mahu seramai mungkin pelajar menerima vaksinasi lengkap menjelang pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat bermula bulan depan.

Beliau turut mengulangi pengumumannya pada 22 September lalu bahawa kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Ini termasuk, katanya, mempertimbangkan lebih banyak sektor ekonomi untuk kembali beroperasi seperti biasa bagi membolehkan rakyat meneruskan kehidupan dengan lebih baik setelah ia ditutup sejak sekian lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN