“Kad vaksinasi jangan hilang…” -Nourul Depp - Utusan Malaysia

“Kad vaksinasi jangan hilang…” -Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Nourul Depp menitipkan nasihat buat orang ramai agar menyimpan kad vaksinasi dengan baik.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu terkenal Kerana Terluka itu memuat naik satu hantaran video yang dilihat berkongsi kepentingan kad berkenaan.

Menurut Nourul, kad vaksinasi sangat penting dan berguna terutama ketika berada di luar negara kerana negara luar tidak menilai sijil digital vaksinasi lengkap mahupun atas talian.

“Kad vaksinasi ini jangan hilang, nanti jika sempadan sudah buka, berguna sangat-sangat.

“Hal ini kerana, negara lain tidak akan memuat naik rekod vaksin. Jadi, kita perlukan ini.

“Terima kasih Malaysia, sangat berguna. Terima kasih,” kongsinya di Instagram.

Sebagai informasi, Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia mengikut suami tercintanya, Eric Daniel Depp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya