Johor antara negeri terlibat peralihan fasa PPN - Utusan Malaysia

Johor antara negeri terlibat peralihan fasa PPN

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor terlibat dalam peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 24 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan itu membabitkan seperti Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

“Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4, adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.