Jangkitan turun lebih 2,000 kes - Utusan Malaysia

Jangkitan turun lebih 2,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 16,073 kes berbanding semalam, 19,198 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang tertinggi 3,522 kes diikuti Johor (2,030), Selangor (1,947), Sabah (1,649), Pulau Pinang (1,243), Kedah (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (878), Terengganu (704), Kuala Lumpur (398), Melaka (206) dan Negeri Sembilan (156).

“Perlis pula mencatatkan 41 kes dan Putrajaya, 16 kes manakala Labuan, 11 kes,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN