PETALING JAYA: Jangkitan pandemik Covid-19 harian mencatatkan penurunan dengan merekodkan sebanyak 19,378 kes berbanding 20,988 kes semalam.
Empat negeri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu Selangor sebanyak 3,613 kes, Sarawak (2,464 kes), Sabah (2,404 kes) dan Johor sebanyak 2,331 kes.
Empat negeri mencatatkan bawah 2,000 kes iaitu Pulau Pinang sejumlah 1,726 kes, Kedah (1,470 kes), Perak (1,389 kes) dan Kelantan 1,356 kes.
Negeri lain pula merekodkan kes di bawah 1,000 iaitu Kuala Lumpur sebanyak 740 kes, Pahang (559 kes), Terengganu (532 kes), Melaka (399 kes), Negeri Sembilan (270 kes), Perlis (80 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan dengan 41 kes.
Jumlah jangkitan harian yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1,805,382 kes. – UTUSAN ONLINE