KUALA LUMPUR : Sebanyak 21,176 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,940,950 kes,
Memaklumkan perkara itu, Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian di Sarawak kekal atas 3,000 dengan 3,734 kes, manakala Johor 2,297 kes dan Sabah 2,246 kes.
Selangor turut merekodkan peningkatan dengan 3,595 kes dan Kuala Lumpur 467 kes. – UTUSAN ONLINE