“Jangan terlalu mengharapkan yang sempurna...” -Eira Syazira - Utusan Malaysia

“Jangan terlalu mengharapkan yang sempurna…” -Eira Syazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Eira Syazira mengakui dalam setiap rumah tangga pasti ada asam garam tersendiri dalam meniti hari bersama-sama pasangan.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Syurgamu Ramadan itu memuat naik gambar dia bersama suaminya yang juga pelakon popular, Azad Jasmin, ketika bercuti di pulau legenda, Langkawi, Kedah.

Menurut Eira, tiada pasangan hidup yang sempurna, sebaliknya sebagai seorang isteri harus memainkan peranan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

“Ramai yang tanya bagaimana suami selalu berkepit dan bermanja dengan saya. Dalam rumah tangga mesti banyak asam garam kan?

“Pernah tak bila bergaduh, rasa macam nak cekik-cekik si suami? Normal kan, sebab pasangan kita manusia.

“Janganlah terlalu mengharapkan yang sempurna kerana kau tidak akan jumpa dik. Jadi, tugas kitalah sebagai isteri ini untuk melengkapkan supaya menjadi sempurna,” kongsinya di Instagram.

Sebagai informasi, Eira dan Azad telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya